Kenapa Yang Maha Penyayang buat Neraka Jahanam?
Boring plus sakit ati ngan model simulink yang tak jadi, tapi x tau katne rosak, aku usha web cari penawar bagi hati sket... kot2 la dapat ilham ke ape...jumpe satu kisah ni. aku pernah dengar sorg ustaz bercerita pasal kisah ni dlu. skrg aku paste kat sini untuk anda menikmatinya bersama... sila la nikmati kisah ini perlahan-lahan...teng teng teng teng teng tedede....(music starting)
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.
-tamat- rujukan www.islamictazkirah.com
So nasihat aku pada diri sendiri dan jugak pembaca, bawak-bawak la bertaubat dan tetapkan hati dalam ibadah. Kalau ade mane-mane ibadah ke, arahan ke larangan ke yang Allah dah buat, ikut je la. Dia yang cipta kita so kita ikut je la segala peraturan Nya. Macam kita beli keta gak. Kalau da pusat servis tu cakap tukar minyak itam contohnya sepuluh ribu km sekali, ikut je la... da diorang yang buat keta tu, diorang tau la apa yang perlu, apa yang takleh...ahaha..haha...
Active Force Control
Beberapa hari ni aku da mula mendalami secara serius pasal topik master aku. Aku belum define skop dan objektif secara jelas lagi tapi yang pastinya projek aku kali ni berkait rapat ngan suatu kaedah kawalan yang dinamakan active force control atau pun AFC. Kalau dulu akronim AFC ni lebih familiar pada aku masa duk dalam industri dlu. Tapi maksud dia Approve for Construction.
Berbalik pada AFC yang aku akan guna pakai dalam eksperimen kawalan suspensi kereta ni. Ianya bermula setelah seorang lelaki bernama Hewitt mencadangkan penggunaan AFC dalam kawalan system yang dinamik. AFC ni diperkenalkan sebagai kaedah yang lebih stabil, efisyen dan mudah di aplikasikan ke dalam sistem kawalan.
AFC menggunakan beberapa parameter yang sebahagiannya diukur terus menggunakan alat pengukuran, dan jugak sebahagian lagi didapati daripada pemerinyuan. Hua...betul ke tak betul istilah BM aku pakai ni. Ampun kan patik tuanku kalau-kalau istilah patik mencemar bahasa ibunda negara nih. Parameter-parameter ni kemudiannya akan diproses dalam satu bentuk kawalan untuk menghasilkan keupayaan menyingkirkan gangguan. Er...disturbance rejection capability da... Susah jugak rupanya nak tulis dalam BM. Berpeluh ketiak aku dimalam hari.
Parameter yang diperlukan dari pengukuran dalam projek aku ni adalah actuated force yang boleh dibaca menggunakan Actuator Pneumatic System, dan Body Acceleration yang boleh diukur menggunakan accelerometer. Yang perlu menjalani proses pemerinyuan adalah estimated mass untuk system suspension dan inverse kepada transfer function yang digunapakai pada function actuator. Pergh...pemerinyuan ni kena guna intelligent method ni. Sama ada Neural Network, atau pun Fuzzy Logic. Dari apa yang aku baca, dua-dua pun sangat asing bagi aku. Takde pun subjek eng aku blajar dulu ajar pasal intelligent method ni.
Dalam kepala aku da terbayang kesukaran yang akan aku lalui sepanjang dua tahun mendatang. dulu Pak Gigih bekas pelajar PHD SV aku pernah bagitau aku, "bersiap-sedia la untuk didera." Pak Aguk yang tak ada kena mengena dengan SV aku pulak cakap, "Master by research di Malaysia ini ternyata hampir saja dengan PhD. Bisa terus dikonvert aja jadi PhD." Terbayang-bayang wajah Pak Gigih tersengih2 mentertawakan aku. Hua...tidak...
Aku berazam untuk belajar lebih mendalam kat sini, tapi agaknya aku tak boleh duduk dalam suasana hostel. Pukul 12 pon aku tak leh tido lagi...Kesian Bat terpaksa tidur bawah pokok. Huhuhu...
Salam Maal Hijrah 1431H
Salam semua. Da masuk tahun baru dah kita. Bermakna telah bertambah setahun lagi kita terbiar tanpa seorang Khalifah penaung penduduk Islam dunia. Macam-macam peristiwa berlaku tahun lepas. Yang mampu kita kenang, yang mahu kita lupakan, yang terlepas dari pandangan. Semoga tahun yang mendatang membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat dari Allah.
Aku sekarang menjadi penduduk tetap Kolej 14 Tun Gafar Baba UTM. Kolej ni jauh sikit dari kawasan fakulti dan lebih dekat dengan pintu luar so aku sempat jugak la jarang-jarang ke Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Dalam ramai-ramai jemaah, aku tertarik nak bercerita pasal sorang jemaah warga emas ni. Dia selalu menempatkan diri dia dekat saf pertama tiap-tiap kali aku menjengah masjid tu. Dia sengaja menempatkan sebuah kerusi di saf hadapan untuk membantunya solat memandangkan keuzuran yang dihadapinya. Aku rasa dia tak boleh nak bengkok kan kaki sebab time qiam dia boleh je berdiri, cuma nak duduk dan sujud je tak boleh so dia duduk atas kerusi tu.
Apa yang membuatkan aku berfikir adalah dalam susah payah beliau yang dalam keuzuran tu, beliau masih mampu menggagahkan diri beliau untuk mengunjungi masjid dan menyertai solat berjemaah sepertimana tuntutan Rasulullah. Aku jadi malu sendiri. Aku masih dipinjamkan dengan sepasang kaki yang masih kuat, tapi dengan kaki yang kuat ni lah aku disibukkan sehingga kadang-kadang tak pergi ke rumah Allah sewaktu seruanNya berkumandang.
So dikesempatan yang ada ni, meh la kita sama-sama memperbaiki kualiti solat kita semua, dengan mendirikannya di tempat paling layak iaitu Masjid Allah secara berjemaah. Sementara kaki kita masih mampu menujah bumi Allah ini. Percayalah, kemantapan ummat Islam tidak terletak sepenuhnya pada kekuatan ketenteraan, kecanggihan sains dan teknologi, kekuatan ekonomi. Tetapi pada dasarnya terletak kepada kehebatan kualiti ibadah umatnya.
"If ever the number of muslims performing worship to their God during the dawn in the Mosque is equal to the number of muslims performing worship during the Friday pray, they will be able to kick our ass out of the Holy Land." - I remember one of the jews leader use to said this before.
Minggu ke-2
Masuk minggu kedua aku kat UTM. Baru lah aku nampak ramai sikit manusia kat kampus. Budak-budak baru balik dari cuti sem agaknya. Kat fakulti pun ramai je manusia. Yang tak bestnya aku tak tau lagi kat mana ofis, mane dewan seminar. Pusing-pusing aku kat tepi blok fakulti tu. Cari parking motor pun satu hal jugak. Melintas kat kumpulan pelajar pun sikit punya seksa. Macam-macam bau ada. Da macam kedai minyak wangi aku rasa. Ni pakai perfume nak cover x mandi ke ape?
Aku belum daftar subjek lagi sebab masih keliru. Aku ni dimiliki oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ke Sekolah Pengajian Siswazah? Katne aku nak dapatkan info pasal subjek yang perlu aku ambil sepanjang kursus aku kat sini weh?Dush...dush..dush...aku tendang tong sampah sambil diperhatikan sekumpulan pelajar dengan melopong. Apa tengok2? Tak pernah tengok orang kacak membasmi sampah sarap dan sampah masyarakat ke? Aku sound diorang skit. Menyedari hasrat murni aku membasmi sampah, mereka terus berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sambil ada beberapa orang bersiul2 gembira.
Ok la bro, aku nak rehat jap. petang nanti aku nak g SPS tanya pasal subject registration. Chow...Seig Heil!!! kata Hitler
Geram pulak rase...
Sewaktu kezaliman sedang dilakukan ke atas umat Islam sedang berleluasa di salah sebuah kota Salib, Jerusalem pada kurun ke 10M, salah seorang Sultan dari kerajaan Islam berani bangkit dan meminta keadilan ditegakkan untuk kaum mulsimin yang tertindas di Jerusalem dan sekitarnya, serta mereka yang bertanggungjawab dijatuhkan hukuman.
Jerusalem ketika itu merupakan salah satu kerajaan salib terkuat di tanah Arab. Terdapat beberapa kejadian penindasan jemaah haji dan pedagang berlaku di bawah pemerintahan Salib. Sultan Salahuddin yang berpusat di Mesir ketika itu berjiran dengan Jerusalem dan meminta Jerusalem melakukan sesuatu ke atas jenayah yang dilakukan pembesar mereka. Sultan Salahuddin memberi kata dua kepada Jerusalem, hukum pelaku jenayah, atau dia sendiri yg akan datang dan menghukum mereka.
Atas sebab kedegilan Jerusalem, Salahuddin mengambil tindakan menawan Kerajaan Salib itu dan menghukum pelaku jenayah tapi melepaskan kesemua baki tentera salib lainnya.
Peristiwa yang sama berlaku di mana-mana di dunia sekarang. Cuma tiada Sultan atau pemerintah Islam yang berani memberikan kata dua sepertimana Salahuddin. Usah lihat jauh ke Palestin. Pandanglah ke utara tanah air kita ni. Apa jadi pada umat Islam di selatan negara Islam? Siapa pelaku Jenayah yang sewenangnya membunuh umat Islam di sana? Apa yang pihak berkuasa di sana lakukan untuk menghukum pelaku jenayah atau mungkin mereka sendiri melindungi pelaku tersebut? Bukan kah terdapat dua jiran Islam berdekatan dengan umat Islam yang teraniaya tu? tapi apa yang dua buah kerajaan Islam tu buat? Berani ke bagi kata dua macam Salahuddin bagi? Kalau berani, mampu ke tegakkan keadilan?
Wah...Dah dekat seratus tahun kita takde khalifah. Dah lebih seratus tahun kita tak angkat senjata sama-sama. Kita lahir pun tak sempat hirup udara di bawah pemerintahan Khalifah. Geram jugak rasa bile dengar ade orang kena bunuh free je dalam rumah sendiri. Xde kesalahan, xde provokasi, takde kemampuan untuk menentang. Lebih geram lagi, takde pembelaan. Silap sape bang? Semua ni silap aku, kau, dia, mereka, dan beliau. Dem!
Skudai, UTM
Salam dan yoohu! semua... haha... Pada 8hb Disember 2009 iaitu semalam, secara rasminya aku telah bertukar status. Bukan dari bujang kepada sudah berkahwin, tapi dari che gu kepada pelajar semula. Bukankah itu sesuatu yang sangat hebat!? er...hebat? tak hebat ke? ehem... yeah... u dont have to tell me, I know... it is not cool at all eh?
Menjadi pelajar semula untuk program Master di UTM bukanlah sesuatu yang aku rencanakan dari awal kelahiran aku di sistem solar ni. Tapi tu la dia, manusia ni bukan diciptakan untuk mengikut kehendak hati tapi mengikut kehendak Ilahi. Wah... jangan salah anggap yang aku ni redha je cuma hidup selalu macam ni kan.
Aku tiba di Skudai pada jam 5 pagi pada hari pendaftaran yang hanya akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Wa...awal kan. Ye la weh, aku nek bas dari Kemaman, sah sah la pagi buta baru sampai. Sampai ke Skudai, aku tak punya banyak pilihan melainkan meminta bantuan dari member aku, saudara Nasrul hadi of AMBS. Sekonyong-konyong beliau datang dengan sebijik motor di pagi syahdu tu. Syahdu bagi aku je weh sebab aku nak terkoncing sojuk...Tapi oleh kerana ada sorang awek yg berasap-asap kat tepi aku, aku kontrol beb. Amik pun bidang kontrol kena la kontrol. Ha...ape sal awek berasap2? dem... drebar teksi rupenye pompuan tuh, merokok lagi plak.
Sampai kat rumah Nasrul, tido lu kejap sebelum bergerak ke UTM untuk pendaftaran. Borang pemeriksaan kesihatan aku pulak missing. Memang aku tak pernah dapat borang tu. Diorang silap klip kot. Akak kat kaunter tu suh aku g pusat kesihatan wat medical check. Ekstay ngan Urine takyah da sebab aku da bawak report dia. Aku tensen da sket. Weh, lu ingat gua ade sakit2 ke nak medical check? gua penderma darah tegar tau, klu gua sakit, da lame hospital kontek gua cakap darah gua tercemar. ha...macam biase la, tengking-menengking ni aku tambah je dalam cerita ni, bagi ade thrill skit. setelah memujuk akak kaunter yang aku syak seorang doktor tu, dapat jugak aku proceed tanpa medical check sampai la dapat kad matrik UTM yang baru.
Hoh...letih dude. G kolej pulak cari bilik hostel, tade pulak yang single. Aku g kaunter kolej 14, 16 17 semua cakap dable. Tapi memang bleh masuk terus bilik on the spot la, da redy semua. Siap bagi borang kat aku. Haha...aku ketawa kecil beb. (Take back this Form, hold it carefully, turn it side way, and stick it on your candy...) er, bilik brape ni cik? saya taknak duk ngan student luar leh ke? ayat dalam kurungan tu aku reka je tuh, takde aku ucapkan pun semalam. Nak taknak terpaksa la aku menapak kat kolej 14 bilik untuk dua orang. Tp rumet aku takde pon. x masuk2 pon. Harap2 x masuk sampai bile2 da. Haha. betapa kera sumbangnye ayat neh
Papepon, wish me luck kengkawan. Nanti aku da grad aku da kompem jawatan, aku...aku... er...ntah la, ikut kehendak Ilahi. Hehe...
Tengku Juh
Salam. Musim tengkujuh sudah beberapa minggu melanda kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Walaupun ia bukan yang terburuk tapi ujian tetap ujian. Kesabaran tetap diuji dan teruji walaupun yg turun tu kalau dari segi positifnya hanyalah air yang menjadi sumber kehidupan, bukan tahi lembu ke, tahi kambing ke. Buatnye tahi lembu yg turun, x jadi musim tengkujuh da. Musim tenglapan semilan seploh la agaknye.
Raya haji tahun ni pun jatuh dalam musim hujan tapi alhamdulillah hujan beransur berhenti seakan memberi laluan untuk sambutan hari raya haji. Sempat jugak aku berjalan ke Kelantan menghadiri majlis kahwin sahabat tutor aku Encik Azrul Adib. Memang sempoi majlisnye terutama majlis sambut menantu kat rumah Azrul. Dijemputnye seorang tukar karut dari mane ntah jadi Dejay. Wa... Bukan pasang lagu, dia nyanyi life bg kami dongar. Macam2... Berbakat sungguh. Terlalu berbakat ni pon susah jugak. Haha...
Sempat jugak g Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh. Eddy ngan Jerry g cari jersi bola. Aku tak minat so aku tak beli le...
Balik rumah, hujan turun menyambung kembali musim tengkujuh. Sejuk giler la nak mandi, tapi prinsip tetap prinsip. Mandi tetap mandi beb. Time pagi, curahan air pertama tu brrrr....Dem... sejuk. Kawasan depan rumah aku penuh air. kena mengarung air untuk kluar ke laman. Hai...nasib-nasib... Aku teringat satu ungkapan yg first time aku dengar dari kawan aku dalam kelas english dlu. sesuai untuk pupuk positif thinking. taktau la dia cilok dari mane. bunyi dia gini
"I look into the sky,
I saw few birds fly,
suddenly it shit into my eye,
i smile, and thak god, cow doesn't fly.

















